Tuesday, January 12, 2016

KENAPA PERLU PAKAI KAIN DALAM


1) Mencalar imej diri

Baju kurung daripada fabrik nipis akan menampakkan bayangan betis 'nombor sebelas' sewaktu dipakai. Begitu juga jika jubah diperbuat daripada fabrik 'tidak cukup tebal'. Kedua-duanya akan menampakkan susuk badan yang menerik perhatian. Akibatnya, Muslimat akan tampil 'tidak penting' serta rendah kompetensi diri. Mungkin ada wanita yang memberi alasan bahawa dirinya telah memakai seluar jenis petticoat (khusus jika perlu menunggang motosikal). Namun, ia hanya menutup kulit kaki dan tetap menampakkan 'bayang nombor sebelas' tersebut.

2) Kesan elektrik-statik pada pakaian


Fabrik sintetik, seperti sifon dan poliester akan mengeluarkan elektrik-statik yang menyebabkan pakaian melekat pada tubuh. Ia sering berlaku sewaktu berada di ruang pejabat berhawa dingin atau ketika melangkah keluar dari kenderaan.

3) Pakaian nampak lebih sempurna




Pemakaian full-lining dan kain dalam akan menghasilkan 'permukaan rata', kemas dan smart-looked pada pakaian. Jika tidak memakainya, pakaian akan kelihatan 'kempis' dan menggelebeh pada badan. Perbandingan antara blazer full-lining dengan blazer half-lining memberikan kesan ketara.

Salah satu pakaian yang tidak semua muslimah mampu untuk pakai, kadang2...saya melihat ada yang sudah cukup perfect menutup semua nya tiba2..terbayang...kaki...tak pakai kain dalam mungkin si dia tidak berniat dan tidak tahu pun akan ternampak...wallahu'alam mungkin nampak simple..tapi jangan kita remehkan benda simple macam ni...

wahai muslimah...sama2 kita ambil pengajaran



0 comments: