Wednesday, December 30, 2015
Islam menggalakan memakai pakaian dalam
Agama menggalakan pakaian dalam
Usamah bin Zaid berkata, "Rasulullah
pernah
menghadiahkan kepdaku pakaian tenunan Qibtiya (Mesir) daripada benang kapas
yang tebal tetapi jarang, yang dihadiahkan oleh Dihyah Al-Kalbi kepada Baginda.
Baju itu aku berikan kepada isteriku. Apabila dilihat aku tidak memakai baju
tersebut, Baginda pun bertanya:Mengapa kamu tidak memakai baju tenunan Qibti
itu?" Jawabku: "Baju itu aku berikan kepada isteriku." Lalu
Baginda
bersabda: "Suruhlah
dia memakai baju dalam, kerana baju itu jarang dan dikhuatirkan akan terbayang
kulit dan bentuk tubuhnya."
(Riwayat Imam Ahmad dan Imam Al-Baihaqi dalam kitabnya, Al-Ahadisul Muktharah)
Suatu ketika, Sayidina Umar r.a. membahagi-bahagikan kain kapas yang jarang tenunan Qibti kepada orang ramai. Kata Sayidina Umar r.a., "Jangan kamu membuat baju untuk isteri kamu." Kata seorang lelaki, "Aku dapati ia tidak nipis dan aku buatkan pakaian untuk isteriku." Jawab Sayidina Umar, "Walau ia tidak nipis tapi kainnya jarang dan boleh ternampak kulit dan susuk tubuh."
Daripada Hisyam bin Urwah, katanya bahawa Munzir bin Zubair baru tiba dari Iraq dan sampaikan kiriman berupa kain nipis tenunan Marwiya dan Qibtiya kepada Asma' binti Abu Bakar. Setelah dilihat dan dipegang oleh Asma' bahawa baju itu nipis, dia pun berkata, "Ah tidak! Kembalikan kepada Munzir." Kata Hisyam, "Ia tidak nipis." Jawab Asma', "Walaupun tidak nipis, tetapi boleh menampakkan kulit dan susuk tubuh."
(Riwayat Sa'ad dari Munzir dengan sanad Sahih)
Imam Az-Zahidi dalam kitabnya, Az-Zawajir berkata, "Sesetengah daripada fitnah yang dibuat oleh kaum wanita ialah, mereka berpakaian yang jarang dan ketat yang menampakkan susuk tubuh mereka kepada lelaki ajnabi (bukan mahram) dengan mereka. Semuanya adalah tabaruj (solekan dan fesyen pakaian) yang dilarang dan dilaknat oleh Allah."

Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
0 comments:
Post a Comment