Thursday, January 14, 2016
CERITA DULU DULU
Ada
satu perkaralah yang saya rasa berubah sangat apabila melihat cara orang
berpakaian di majlis perkahwinan ini jika dibandingkan dengan zaman dahulu.
Zaman dahulu, rata-rata orang perempuan tidak menjadikan seluar sebagai pakaian
mereka untuk pergi ke majlis seumpama ini.
Kebanyakkan mereka hanya memakai baju kurung dan kebaya. Pada waktu itu, seluar bagaikan pakaian khas untuk kaum lelaki sahaja. Orang akan memandang jelik jika ada anak dara yang mengenakan seluar ke majlis-majlis seumpama ini.
Kain dalam pula seperti suatu kemestian kepada perempuan apabila mereka berpakaian. Mereka tidak berani atau berasa amat janggal jika berpakain tanpa besertakan kain dalam. Oleh itu tidak hairanlah emak aku yang sudahpun berusia lebih 80 tahun ini masih menjadikan kain dalam sebagai suatu kemestian apabila dia berpakaian. Mungkin dia dah terbiasa dengan cara ini.
Mungkin kain-kain di zaman dahulu terlalu jarang hingga menyebabkan mereka bersikap begitu. Malulah kalau tak pakai kain dalam, nanti nampaklah bayangan kaki lebih-lebih lagi apabila disinari cahaya terang. Adakah itu yang menyebabkan mereka ini memilih kain dalam atau ada sebab-sebab yang lain?

Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
0 comments:
Post a Comment