Wednesday, January 27, 2016

Sekadar Perkongsian Cerita.

Gambar tidak berkaitan dengan cerita -Google

Sekadar Perkongsian Cerita.


Kain dalam. Petticoat. Ianya sesuatu yang hampir-hampir sama maksud dan kegunaan. Bagi perempuan muslim, ianya digunakan untuk melindungi kaki daripada dilihat oleh yang bukan mahram. 

Dipakai di dalam kain yang agak jarang seperti baju kurung, skirt etc. Ianya tak penah aku ambil peduli sejak dari akil baligh sehingga usia 24 tahun. Petticoat - kain dalam. Sesuatu yang diwajibkan untuk dipakai di sekolah-sekolah, tetapi aku hanya pernah pakai sekali je - semasa hari pertama Tingkatan 1 di sekolah menengah. 

Mula-mula pakai, panas, rimas, melekit, dan rasa tebal. Jadi, aku ambil keputusan untuk tidak pakai langsung sehingga tamat Tingkatan 5 - sentiasa lari dan cilok jika ada spotcheck pasal kain dalam. Sekarang - di usia 24 tahun (sebenarnya 23 tahun 3 bulan), aku mula terfikir-fikir sendiri. Aurat yang ditutup ini, cukup sempurnakah?

Apa lagi alasan nak diberi? Pada siapa nak diberikan alasan itu? Pengawas sekolah? Cikgu disiplin? Mereka semua kenangan lalu. Sekarang, aku sendirian melangkah menghadapi liku-liku hidup ini. Tiada siapa menegur, tiada siapa melarang apa yang nak dibuat (parents aku bising jugak kalo balik kampung). 

Cumanya, ada akal - FIKIR! Minggu lepas balik kampung, tercari-cari balik petticoat yang mana yang sesuai. 

Masuk Pacific, tengok ada macam-macam jenis - yang macam seluar, yang pendek paras peha, pendek paras betis, labuh ke buku lali - kain jenis licin, jenis kesat - kaler pink slow, hitam, coklat. 

Masyaallah! Yang mana satu nak dipilih??? Tak reti! Last-last, dapat satu. Kaler pink, paras betis. Tapi, bila pakai still ternampak-nampak lagi kaki. Mula-mula taknak ambil yang labuh sebab takut terasa rimas, takut tersepak. 

Allah, pada siapa nak diberi alasan itu lagi??? Masih mencuba-cuba memakai petticoat. Itu pun hanyalah dipakai pada baju kurung cotton yang agak jarang kainnya - yang pasti bukan tiap-tiap hari. Masih lagi terasa-rasa tebal dan rimas. 

Semoga Allah ampunkan aku dan diberi kekuatan untuk terus menjadi hamba-Nya yang terbaik! Insyaallah~  semestinya seringkali kita terjatuh rebah..  dan tercari-cari hakikat kehidupan di sebalik penciptaan itu..  jangan terlalu berduka, di sana.. masih ada sinar! 

0 comments: